Marilah renungi coretan hari ini,
Sepuluh orang perajurit negara telah terkorban demi menjaga keamanan negara. Aku? Bukanlah sebahagian dari ahli keluarga anggota yang terkorban..
Bukanlah sebahagian dari anggota yang bertugas bersama mereka,
Bukan juga seorang pemimpin, artis atau orang politik. Aku cuma seorang manusia dan juga isteri kepada anggota polis.
Ya...bukan anggota polis yang berpangkat tinggi....cuma anggota bawahan. Seorang isteri anggota keselamatan. Yang sering ditinggalkan suami...sebulan, dua bulan dan pernah hampir tiga bulan tak bertemu empat mata.
Begitu ramai yang bercerita tentang kejadian di Lahad Datu.. Selepas itu mengajar polis dan tentera cara-cara untuk menjaga keamanan negara. Mungkin teori tersebut di ambil dari filem-filem perang & kisah jenayah sahaja. Ya...selepas melihat filem tersebut anda memang fasih tentang nama senjata, tentang teknik itu... teknik ini, baju kalis peluru,bom itu.... bom ini. Wah, sungguh layak kalian mengajar anggota tentera dan polis bukan? Tapi sayang, kalian hanya setakat hebat di dalam facebook, blog atau kedai kopi. Tapi, kenapa kalian tidak melawan pengkhianat bangsa? Kenapa kalian tidak menghimpun semua orang sama seperti penghimpunan bersih, demonstrasi atau mana-mana majlis politik untuk membantu anggota polis kita? Atau kalian hanya mampu berbicara di mulut sahaja?
Sekadar bercakap,sesiapa pun mampu. Buka mulut luas-luas, luahkan saja perkataan yang hendak dikeluarkan. Cuba kami jemput anda berada di barisan hadapan untuk menjaga keamanan...berada di tempat kami sebagai isteri anggota yang berjauhan dengan suami yang belum pasti pulang antara hidup atau mati bila keluar bekerja.
berada di dalam diri anak kecil yang menanti ayahnya pulang di pintu rumah...sambil berlari-lari untuk memeluk...tapi akhirnya...yang dipeluk cumalah sekujur badan yang membisu tanpa kata-kata.
Inilah kisah anggota PDRM dan ATM........
Yang gaji sudahlah tak seberapa, kerja tanpa mengira waktu,
cuti bukanlah hak mereka, anak & isteri cuma suku dari kehidupan,
tapi hidupnya di sumpah seranah setiap hari...tak ada seorang pun sudi bersangka baik kepada mereka. Buat roadblock, dikatakan mencari duit kopi. Tahan kereta yang mencurigakan di tepi jalan dikatakan tahan nak minta habuan. Bila ada demonstrasi, mereka mengawal keselamatan dikatakan sengaja hendak menimbulkan huru hara...kalau ada kes masih dalam penyiasatan dikatakan tidur, tidak buat kerja.
Bukankah itu sebahagian dari tugas untuk menjaga keselamatan diri anda?
diri anak2 & isteri anda? Dan yang paling menyedihkan....yang celakanya.... kisah ini dijadikan sebahagian dari modal politik!! Apa mungkin kau ingat nyawa manusia ini sama seperti kisah-kisah celaka kau itu kah? Tiada siapa yang suka berdiri di tengah-tengah hujan dan terik matahari semata-mata untuk memastikan keselamatan negara.. tinggal anak isteri dirumah tanpa pemerhatian berbulan-bulan lamanya, sakit anak isteri sendiri tidak mampu diuruskan berbanding sakit anak isteri orang awam. Apa tah lagi kalau bertugas di perantauan...tiada sanak saudara yang boleh tolong jenguk mereka..
Kau suka? Kalau suka mohonlah kerja polis.
Cuba rasa bagaimana peritnya tugas mereka...bagilah pula anak isteri dan ibumu berada ditempat kami.... yang mana setiap kali suami, anak, adik lelaki pergi berkerja...kami akan sentiasa tidak tenang dan tenteram. Jika nampak kereta peronda polis masuk ke halaman rumah, perasaan berdebar bagai hendak gugur jantung...bimbang jika berita yang dibawa cumalah tentang kematian atau kecederaan mereka...
Aku juga punya anak. Sejujurnya...aku sentiasa mengatakan kepada anakku...bila besar nanti jangan jadi polis dan tentera...bonda tidak mahu rasa perit ditinggalkan nanti diwarisi oleh saudara mara kita.
Kalau mati nanti, berapa ramai sahaja yang peduli.. Sudahlah tiada masa untuk anak, isteri dan keluarga...gaji pula sangatlah tidak setimpal dengan kerja. Tapi, jika sudah darah perwira yang mengalir di dalam tubuhnya, tiada apa yang mampu melawan takdir. Dan membuat aku terfikir sejenak. Mungkin suatu hari nanti, anak anggota tentera dan polis hanya mengenali ayahnya melalui gambar dan suara sahaja.
Wahai kalian warga perajurit ,kuatlah!! Tidak apa kalau dunia tidak henti mengata dan menghina kalian...kami lebih mengetahui dan kenal siapa suami kami, siapa anak kami, siapa abang & adik lelaki kami...siapa ayah kami...
Semoga Allah memberi kita kekuatan & sentiasa melindungi kalian... Amin.
Nor
Corat-coret
Khamis, 4 April 2013
Ahad, 24 Februari 2013
Starting new hobby
Lama jugak tak menjenguk blog ni.. Sibuk sikit dgn biz kain & menjahit...sekarang ni dh start dengan hobi baru, making quilt.hehe.. Bila tengok banyak sangat lebihan & perca kain teringin nak buat comforter ...start survey quilting tools... Kat tempat saya tinggal ni susah sikit nak cari... So survey kat internet..akhirnya dapat juga my quilt tools..
Tapi my new project tak siap lagi.. Nanti dh siap, saya akan post gambar kat sini.. Hehehe... So, siapa yang berkenan @ teringin nak mendapatkan quilt tools tool tu pun boleh... just email me or jenguk Ckin2Chot.blogspot.com untuk dapatkannya... ^_^
Tapi my new project tak siap lagi.. Nanti dh siap, saya akan post gambar kat sini.. Hehehe... So, siapa yang berkenan @ teringin nak mendapatkan quilt tools tool tu pun boleh... just email me or jenguk Ckin2Chot.blogspot.com untuk dapatkannya... ^_^
Khamis, 26 Januari 2012
Today, happy mode
![]() |
| My daughter yang selalu buat perangai |
Baru hari ni my daughter tak buat perangai. Kalau tak, hari-hari my blood got high presure. Tiap-tiap pagi mesti dia buat perangai nak pegi school. Tak taulah. Bila tanya, teacher marah ke? Dia kata tak. Kawan? Pun tak. Dah tu kenapa? Dia kata nak tido...esok pulak dia kata nak tengok tv..mcm2..Mau tak darah naik.Dari awal buka sekolah dia buat perangai.. hari-hari macam tu...Haiya.... Dahlah mama penat dgn baby..Tahun lepas tak de pulak dia buat perangai...Tahun ni dia buat perangai pulak..hu..hu...Tapi hari ni ok pulak dia. Suruh bangkit mandi terus je dia bangun.. Tak da merengek macam sebelum ni... Alhamdulillah. ;) Barulah boleh mulakan hari dengan penuh ceria..My boys pulak good today. The second one tak gaduh nak main game. Kalau tak, bukak mata je, terus bukak laptop main game..lagi-lagi cuti sekolah ni.. Baru mama boleh buat kerja dengan hati tenang & lapang :)
Langgan:
Catatan (Atom)

